Thursday, 28 April 2011

BF potong rmbut pon nk Kecoh x lEy blahh

Setiap kali mengupdate blog memang tak sah kalau tak cerita pasal buah hatinya. BF potong rambut pun nak kecoh. Ada jerawat seketul pun nak canang cik abang dia ada jerawat batu. Kalau boleh semua luar dan dalam nak kasi tahu yang dia sangat-sangat mengenali kekasihnya. Blognya ibarat diary cinta mereka seperti cinta sampai mati tapi belum mati lagi dan putus mulalah meraung dan meroyan bahawa hatinya sakit seperti ditoreh dengan pisau tumpul..muahaha.. Memang tak salah kalau nak share tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai meluat orang membacanya. Memanglah kalau ditegur mereka akan kata, tak suka jangan baca tapi orang akan baca juga kalau dah namanya blog. Melainkan kalau korang privatekan sahaja blog korang tu..kan senang, Tulis sendiri baca pun sendiri. Taklah jadi fitnahkan...




Itu sahaja..nak tambah lagi silakan. Kebanyakkan perkara-perkara yang berlaku di atas sebenarnya dilakukan oleh gologan HAWA..tapi tak semua.. Kadang-kadang aku sungguh bersimpati dengan kaum wanita yang dimaksudkan. Mereka sahaja yang terover gedik. Tapi bila tengok facebook teruna itu ( bf mereka ) haramm ada gambar si gadis itu cuma yang di tag sahaja ada. Blog? tak ada langsung entry cinta untuk si gadis. Sadisss...


Kalau korang ada yang terasa dan amat-amat hot..Janganlah marah-marah ye. Aku tak tujukan untuk sesiapa cuma untuk saling ingat mengingati. Yang baik jadikan teladan..

No comments:

Post a Comment